Cart 0

BUNDLE OF 5 x Pearluxe Eyeshadow - ECLAIR

RM 225.00


Single eyeshadow purchase? Please head to www.beautyhearts.com.my to buy at RM45 each !!

This is a bundle of  5 Eclair eyeshadows. 

Description: 

Eclair

Indulge in the tantalizing tones of golden toffee and satin brown, layered seamlessly for a delicate and heavenly touch. Go for the daring and dramatic look by creating a smoky effect or stay sweet by applying on the crease for a more natural vibe. The eyeshadow is topped off with glimmering gold sparkles for a tempting look that can't be ignored.

 


Ferrarossa Pearluxe Eyeshadows are: 

*highly pigmented- Check out swatches in video! 

*easy to blend

*contains real pearl

*Made in Korea

Eyeshadow does not come with a case and is in freedom system pan. You can purchase magnetic palette from www.beautyhearts.com.my to store your eyeshadows. 


Kenali FerraRossa 

Berpaksikan minat mendalam terhadap dunia tatarias, FerraRossa mula mencipta nama dan mengorak langkah di dalam bidang ini sejak 2010. Dia adalah invdividu yang bertanggungjawab untuk mencantikkan wajah setiap wanita yang inginkan sentuhan magisnya. Bukan itu sahaja, dia juga tidak pernah jemu untuk menimba ilmu dan mengasah bakatnya dengan mengikuti kelas solekan bersama Mario Dedivanovic, iaitu jurusolek selebriti Hollywood terkenal, Kim Kardashian di Dubai Masterclass. Kini, dia melahirkan hasil kecintaannya di dalam dunia solekan dengan menghasilkan pembayang mata sendiri yang nyata setara dengan jenama tersohor lain.

FerraRossa percaya dengan sentuhan rona pembayang mata ia mampu mengubah penampilan menjadi lebih menarik, anggun dan dramatik. Bukankah, sepasang mata itu jendela pada wajah?  Dengan percikan rona , ia mampu mengekspresi segala rasa dan emosi seseorang wanita. Kelopak mata yang dibiarkan polos tanpa rona membuatkan wajah tampak tidak bertenaga dan kusam.

Jatuh cinta dengan pembayang mata yang berpigmen tinggi, mudah diadun dan tekstur kemasan kilat telah memberikan inspirasi buat FerraRossa untuk menghasilkan FerraRossa Pearluxe Eyeshadow. Pembayang mata berona mewah dan eksklusif  dengan harga mampu milik ini  hadir dengan seleksi rona yang mempesonakan agar riasan mata anda berbicara dengan unik dan menarik.

Riasan mata anda seakan tidak lengkap tanpa tiga rona mempesonakan ini. Anda harus cuba…

Tiramisu –Serlahkan aura manis dan feminin anda dengan menggunakan pembayang mata berona coklat gelap seperti koko ini untuk kemasan matte yang menggoda. Semanis namanya, ia mempunyai tekstur yang halus dan lembut buatkan ia mudah meluncur pada kelopak mata untuk riasan wajah klasik mahupun dramatik. Rona ini juga sesuai jika mahu digunakan sebagai kombo bersama rona lain bagi mencipta raut wajah yang lebih sempurna.

Raspberry – Tampil lebih berani dengan serlahan rona yang terang dan berkilau ini. Warna seakan jus beri ini bergabung mesra dengan rona coklat untuk mencipta kemasan matte, lantas menonjolkan rona yang segar dan memukau, tidak jemu dipandang. Ia halus dan lembut pada kelopak mata bak sutera untuk mata yang kekal menawan.

Caramel – Mencairkan hati sesiapa yang memandangnya. Suntikkan kelainan dengan pembayang mata berona tembaga dan disudahkan dengan taburan kilauan emas untuk kelopak mata yang lebih bercahaya dan memukau. Berpigmen tinggi dan ronanya yang pekat, ia memberikan ilusi mewah, sesuai merias wajah untuk pelbagai konsep yang diidamkan. Bukan itu sahaja, teksturnya yang halus berkrim membuatkan ia kekal dan tidak mudah luntur pada kelopak mata sepanjang hari.